![]() |
| TIGA SIRI NOVEL DIMENSI MISTERI |
Rahsia Ratu Pahlawan di Sebalik Tirai Alam Ghaib
Bukan sekadar mitos. Bagaimana kisah ratu pahlawan dari zaman silam muncul semula di zaman serba moden ini?
Di celah-celah ketenangan kehidupan kampung masa kini yang kita diami, wujud sebuah tabir misteri yang memisahkan realiti yang kita nampak dengan sebuah alam ghaib yang penuh rahsia. Siri Dimensi Misteri karya Setangi@Makchantek membawa kita menyelami kisah seorang wanita zaman moden yang hidupnya berubah dalam sekelip mata setelah episod kehilangan yang ditempuhinya.
- Pencarian Indentiti - Bagaimana seorang wanita moden menyesuaikan diri dengan ilmu perubatan tradisional, amalan kecantikan diperturunkan oleh dayang-dayang dari kayangan termasuk kemunculan sebuah kitab perubatan purba yang hanya layak diwarisi ratu pahlawan sepertinya. Perkara sebegini pastinya sukar diterima logik akal.
- Pertembungan Dua Dunia - Apabila dua dimensi dunia menjadi satu, pelbagai keajaiban bakal dipersembahkan dalam perjalanan cerita menyelamat tanah bangsa berdaulat ini.
- Pejuang-Pejuang Berindentiti Misteri - Siti Saleha , watak utama yang dilantik sebagai ratu pahlawan merupakan seorang wanita muda yang sudah melalui pelbagai ujian hidup, namun tanpa disedari setiap langkahnya dibantu oleh manusia-manusia yang hebat dan berindentiti misteri seperti Tok Ubat, Seri Raziah gadis dari selatan, Kenanga, Lutfi, Tijah si gadis Orang Asli dan beberapa orang lagi pahlawan senyap.
Dua kulit novel di atas adalah edisi lama kepada Dimensi Misteri. Penulis sebelumnya dikenali dengan nama pena Makchantek.
Dua edisi lama sempat diterbitkan memperkenalkan Siti Saleha sebagai watak utama selain sahabat jauhnya, Seri Raziah. Siti Saleha adalah wanita masa kini yang ditabal sebagai seorang ratu pahlawan baru oleh sebuah dimensi paling rahsia. Siti sendiri pada mulanya tidak menyedari akan hal yang terjadi kepada dirinya sehingga segala keanehan tidak dapat dibendung lagi.
Bukan hanya mimpi-mimpi yang datang dalam tidur memberi petunjuk, dia pada suatu ketika turut didatangi bahtera maha besar dari atas langit cuba menuju ke arah tempat dia berdiri sebelum bahtera itu ghaib tanpa dikesan. Novel ini menggabungkan elemen fantasi dan misteri di alam realiti, mengisahkan episod hidup seorang adiwira dan rakan-rakan lain yang akan muncul membantunya di waktu tertentu.
Anda akan terbiasa dengan nama watak; Siti Saleha,Seri Raziah gadis dari selatan, Kenanga Puteri Daerah di alam ghaib, Tijah gadis Orang Asli berdarah putih, Fateh, Lutfi, Tuah Sedeli, dan Encik Mat. Watak-watak ini akan selalu mewarnai setiap siri selain watak-watak tambahan lain.
Tiga tahun berlalu, akhirnya lahirlah edisi baharu untuk dua siri ini sekaligus memperkenalkan siri yang ketiga bertajuk Pungguk Rindukan Bulan. Dimensi Misteri bakal ada tujuh siri terkumpul. Bagi tahun ini,akan terbit siri ketiga yang telah lama dinanti-nantikan oleh pengikut novel.
Terbitan baru berjudul DIMENSI MISTERI - Siri II ( Lembah Emas Raja Purba)
Dalam siri kedua, Siti Saleha bermimpi didatangi bahtera dari langit menandakan dia bakal menghadapi satu lagi pertarungan menentang kejahatan. Kali ini, selain dibantu oleh Seri Raziah yang sudah bekerja di sebuah kedai buku terpakai miliki Encik Mat, Siti juga bertemu lelaki Misteri bernama Lutfi sewaktu membawa anaknya Hakimi ke sebuah tempat perkelahan yang agak sunyi di Lenggong,Perak. Lutfi memberi gambaran tentang Fateh yang bakal menjadi seorang putera hebat kepadanya sang ratu pahlawan suatu hari nanti. Siapakah lelaki misteri ini dan apakah tugasnya dalam membantu Siti Saleha menghadapi misi seterusnya? Dikatakan perlawanan menentang kuasa jahat kali ini adalah di sebuah kawasan pergunungan yang merupakan tapak lembah emas milik seorang raja zaman Purba. Siapakah mereka yang membuat onar kali ini hingga berkomplot dengan semangat jahat dari dimensi kegelapan? Pasti ada jenayah yang telah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dan Siti harus bertanggungjawab menghentikannya.
Bagaimana keadaannya jika benar semenanjung ini ada penjaga alam ghaib yang diketuai oleh seorang ratu pahlawan? dapatkan siri Dimensi Misteri untuk merasai sendiri debarannya.
Ikuti review tentang siri ketiga Dimensi Misteri yang merupakan terbitan paling baharu tahun ini dalam posting seterusnya!





.png)
No comments:
Post a Comment