Thursday, 23 April 2026

NOVEL TERBARU 2026

 Salam pembuka bicara. 

Kali terakhir saya menerbit dan menulis novel baru ialah pada tahun lepas 2025 ,novel bertajuk MISTERI DIARI HITAM.  Tahun ini, untuk fasa pertama, saya telah pun menerbitkan edisi baharu novel berunsur komedi satira yang bertajuk ROMBONGAN KE MARIKH. 



Rombongan Ke Marikh merupakan sebuah novel humor santai, di mana novel cerita lawak terutama komedi kampung adalah  sangat jarang di ketengahkan dalam kebanyakan novel Melayu masa kini. Siapa peminat cerita arahan Mamat Khalid saya yakin menggemari jalan cerita novel ini.

Inilah novel lawak terbaru 2026 lain dari yang lain, senaskah bacaan humor  mampu buat pembaca ketawa dan ketagih.

Tahun ini saya mengetengahkan komedi kampung ala-ala cerpen di laman majalah humor Gila-Gila dan Ujang satu masa dahulu.  Konsep tulisan begini agak nostalgia. 

Jika anda telah membaca banyak berita-berita semasa dan konflik politik dunia yang memeningkan kepala,  novel Rombongan Ke Marikh tentunya novel yang paling sesuai dijadikan selingan bacaan ringan  buat menghiburkan pembaca juga memahami sindiran sinis yang terselit dalam penceritaannya. 

Novel ini tidak tebal, namun bakal menggeletek hati pembaca hingga kebanyakan pembaca dapat mengingat setiap watak novel lucu ini.


Untuk pengetahuan semua, novel edisi baharu sudahpun berada di pasaran dalam bentuk ebook. 

Nak tahu rupa sebenar ebook terbaru ini? 
Klik pautan di bawah, pembaca boleh membaca sample percuma sebelum membeli ebook dengan harga promosi RM10.67 sahaja. Harga asal ebook RM12.89

TEKAN LINK PEMBELIAN:
👇👇👇

Ini hanya terbitan semula sebuah novel lama.  Sekuel sebenar novel ini akan turut diterbitkan tidak lama lagi. Novel yang bakal membuat bibir anda tersengih  menahan tawa!

Insya-Allah saya akan berkongsi sinopsis, watak dan kisah sebenar tertulis di helaian novel istimewa ini. Nantikan perkongsian saya dalam lembaran seterusnya. 


Selamat membeli ebook😘








Novel Kisah Benar Seorang Balu

 CATATAN HARI-HARI 

SEORANG BALU



-SINOPSIS Catatan Hari-Hari Seorang Balu-


            Novel ini adalah catatan sebuah kisah benar sepanjang tahun. Sebuah kisah kemasyarakatan yang berkait dengan balu muda, anak anak kecil dan anak-anak OKU.

Kisah seorang balu yang bernama Atirah. Suaminya meninggal dunia secara tiba-tiba lewat usia muda.

Atirah ditinggalkan bersama tiga orang anak lelaki yang mana dua daripada anak lelakinya berstatus OKU( Autisma, ADHD).

             Manakala anak bongsunya pula masih berumur 11 bulan sewaktu kematian suaminya.

Selepas kematian suaminya dia memgenag status asnaf. Novel ini menceritakan usaha dan kepayahan Atirah sepanjang tahun dalam mengejar impian meraih pendapatan sendiri, sealin menyediakan anak-anak OKU ke kelas terapi berbayar.

Impian Atirah ingin memiliki rumah sendiri yang sesuai dengan ciri-ciri istimewa anaknya terutama anak sulungnya yang bakal meningkat remaja,namun masih tidak boleh mengurus diri sendiri.

              Catatan ini termasuk perjuangannya dalam bidang pertanian dan lain-lain yang kemudiannya membawa kepada sebuah penulisan.

Adakah Atirah menemui kejayaan atau sebaliknya?

*****


         Pada saat buku ini diterbitkan, saya sangat berharap, ia dapat menjadi sumber  membantu saya dalam masalah kewangan yang saya hadapi bagi membesarkan anak-anak. 

        Sebelum menulis buku ini, saya telah menerbitkan sebuah buku alam fantasi, alam ghaib. Tapi telah diberhentikan cetakannnya kerana digubah dan ditulis semula dengan lebih baik. 

Novel Catatan Hari-Hari Seorang Balu ini telah mendapat pujian dari penulis berpengalaman dan orang dari Persatuan Sastera negeri. 

      Bersyukur ke hadrat illahi, walaupun masih belum dikenali, namun novel kisah sedih ini tetap terus dalam percubaan untuk diperkenalkan kepada lebih ramai pembaca.  Semoga satu hari , isu yang dibangkitkan oleh novel ini mendapat perhatian masyarakat, terutama pihak berwajib yang punya tanggungjawab ke atas ibu tunggal ,anak yatim ,dan anak OKU.






Nukilan MakChantek......



( CATATAN DI ATAS BERTARIKH NOVEMBER 2023. NOVEL INI AKAN DICETAK SEMULA SEKITAR NOVEMBER TAHUN INI 2026 ,INSYA-ALLAH)



Saturday, 14 March 2026

ROMBONGAN KE MARIKH (edisi baharu)


ROMBONGAN KE MARIKH, Komedi Satira

EDISI BARU
(Lukisan komik oleh Encik Shamsul Mohammad, editor Majalah Sempoi) 

 

Assalamualaikum, salam sejahtera pembuka bicara. 

Saya kembali menulis di laman blog saya setelah lama berehat. Sudah bertahun saya tidak menulis, hari ini saya mulakan catatan pertama saya dengan memperkenalkan sebuah novel istimewa yang saya tulis dan terbitkan.

Novel ini berkonsep komedi satira,sebuah misteri diceritakan dalam bentuk komedi.
Novel Rombongan Ke Marikh telah saya terbitkan buat pertama kalinya tahun 2022 dalam bentuk ebook. Percubaan pertama saya walaupun pada hakikatnya saya tidak punya ilmu tentang penerbitan ebook. Susun-atur novel saya itu juga, agak tunggang-langgang.

Penerbitan ebook Rombongan Ke Marikh waktu itu sebenarnya sebuah usaha demi kepangsungan hidup seorang balu bertaraf asnaf seperti saya. Saya redah. Menulis dengan gaya santai dan 'gila-gila', kemudiannya menjual hasil tulisan secara digital dengan harga RM10 senaskah.

Tahun ini, berbekalkan pengalaman dan ilmu yang digali sekitar dua ke tiga tahun selepas itu, saya telah kembali menulis dan menerbitkan novel ini.
Sebuah karya edisi baharu yang menjanjikan persembahan menarik, lebih tersusun rapi dan menghiburkan. 

Malah, saya juga telah hampir menyiapkan manuskrip sekuel kepada Rombongan Ke Marikh. Sekuel ini ditulis dengan garapan yang lebih dramatik. Kesinambungan kisah  misteri yang bakal membawa pembaca kepada pengembaraan pendek cukup melucukan. 

Buat Julung kalinya, saya mengambil khidmat pelukis majalah humor yang juga merangkap editor Majalah Sempoi sebagai pelukis gambar kulit muka novel saya. Bersesuaian dengan jalan cerita.

Pengembangan watak-watak utama dalam Rombongan Ke Marikh bakal membekas di hati pembaca hingga pembaca ternanti-nanti kisah yang bakal berlaku dalam sekuel yang seterusnya.

Saya akan memperkenalkan beberapa watak utama dalam cerita ROMBONGAN KE MARIKH di paparan siri penulisan saya yang akan datang.

Link  pembelian ebook akan saya buka tidak lama lagi.
Tunggu posting saya yang seterusnya. Bye!

Tuesday, 28 February 2023

Coretan kisah seorang balu

 



Novel kisah masyarakat, sebuah kisah benar yang diambil dari catatan seorang balu.

    
Sinopsis 

Membesarkan anak OKU berspektrum autisma ADHD bukanlah sesuatu yang mudah terutama apabila tubuh mereka makin membesar, mereka yang tidak boleh bercakap, tidak dapat mengawal tindak tanduk sendiri dan belum boleh menguruskan diri sendiri sepenuhnya.

Apatah lagi bersendirian tanpa figura seorang suami yang dapat membantu malah  menjadi tempat untuk sama-sama berbincang meluah rasa.




Ada masa, seorang balu 'kalah' teruk dengan emosi bergelut dengan situasi anak yang begini dengan hempas-pulas mencukupkan perbelanjaan harian dan bulanan.

Siapakah yang sudi membantu menghulur tangan? Siapa yang sudi bertanya khabar?

Semuanya tertulis dalam novel ini.



Selang-seli dengan imbasan kenangan yang lepas-lepas sewaktu arwah suami masih ada.

Terkadang jiwa nurani tersentuh jua.Bukan tidak mengikhlaskan keadaan, sekadar sebuah kenangan yang melintas di fikiran.



Bukan mudah menjadi ibu tunggal dengan anak-anak OKU, anak kecil dalam keadaan serba kekurangan melainkan kekuatan dalaman yang dipinjamkan Allah taala. Pelbagai usaha yang diperjuangkan tidak semua juga menghasilkan kejayaan, namun Atirah tidak pernah mengalah demi cita-cita memberi kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak.



Adakah Atirah bakal menemui kejayaan atau sebaliknya?

Anda boleh dapatkan novel ini melalui link pembelian di bawah :


👇👇👇

https://linktr.ee/Makchantek


           Link berkaitan novel,

https://makcantikdansihat.blogspot.com/2023/02/catatan-hari-hari-seorang-balu.html?m=1

Wednesday, 22 February 2023

NOVEL ROMBONGAN KE MARIKH! diterbitkan dalam bentuk ebook@buku digital

 


Mencari novel Melayu atau ebook Melayu yang berbentuk komedi, cerita komedi fantasi, atau novel komedi ringan, ebook edisi khas ini mungkin boleh menjadi salah satu koleksi anda.

Pernahkah anda terfikir untuk mengadakan lawatan ke planet Marikh?

Dalam novel ringkas bertajuk Rombongan Ke Marikh ini, pembaca akan terhibur dengan jalan cerita yang agak lucu dan genre ebook ini berbeza daripada kebanyakan cerita yang ada di pasaran.

Novel ringkas dan tidak terlalu panjang ini menceritakan bagaimana penduduk kampung Serindit terjebak dengan program rombongan ke Marikh iaitu lawatan ke planet Marikh yang dikatakan telah dianjurkan oleh Encik Elon Musk.
Seorang janda muda kampung  bernama Erni adalah orang kuat Elon Musk di Malaysia,telah mengelolakan rombongan ini khas untuk penduduk Kampung Serindit yang berminat.

Bukan itu saja, mereka juga disogok dengan dana pelaburan Raja Zimbabwe dengan pembayaran hanya RM100 untuk mendapatkan pulangan RM1000,000. Ia diperkenalkan oleh seorang pesara kerajaan yang giat memperjuangkan dana ini. Mengikut kisahnya, harta karun raja Zimbabwe purba bakal dicairkan untuk para pelabur.

Dalam merealisasikan impian-impian ini pelbagai masalah telah timbul,pelbagai ragam orang kampung turut mewarnai jalan cerita. Turut diceritakan bagaimana persiapan mereka untuk menyertai rombongan ke Marikh, terutama mereka yang ingin berswafoto di planet Marikh dengan produk jualan masing-masing.

Di antara penduduk di situ, ada seorang anak muda perantau dari satu desa ke desa yang mempunyai misi tertentu, dia sentiasa mengawasi keadaan penduduk kampung Serindit dari masa ke semasa. Telah datang ilham kepadanya untuk membawa penawar kepada 'kedunguan' yang bakal berlaku kepada orang-orang kampung.

Mereka akhirnya berkumpul pada malam keramat itu dan menyaksikan sendiri sebuah kapal angkasa mendarat di bumi dari planet Marikh!

Apakah yang berlaku sepanjang malam itu?? 

Dapatkan ebook kisah ROMBONGAN KE MARIKH! yang hanya berharga RM10.


untuk sebarang pembelian , tekan link di bawah,


@








: Novelismakchantek

: NurFatiha Yazed

NOVEL TERBARU 2026

  Salam pembuka bicara.  Kali terakhir saya menerbit dan menulis novel baru ialah pada tahun lepas 2025 ,novel bertajuk MISTERI DIARI HITAM....