CATATAN HARI-HARI
SEORANG BALU
-SINOPSIS Catatan Hari-Hari Seorang Balu-
Novel ini adalah catatan sebuah kisah benar sepanjang tahun. Sebuah kisah kemasyarakatan yang berkait dengan balu muda, anak anak kecil dan anak-anak OKU.
Kisah seorang balu yang bernama Atirah. Suaminya meninggal dunia secara tiba-tiba lewat usia muda.
Atirah ditinggalkan bersama tiga orang anak lelaki yang mana dua daripada anak lelakinya berstatus OKU( Autisma, ADHD).
Manakala anak bongsunya pula masih berumur 11 bulan sewaktu kematian suaminya.
Selepas kematian suaminya dia memgenag status asnaf. Novel ini menceritakan usaha dan kepayahan Atirah sepanjang tahun dalam mengejar impian meraih pendapatan sendiri, sealin menyediakan anak-anak OKU ke kelas terapi berbayar.
Impian Atirah ingin memiliki rumah sendiri yang sesuai dengan ciri-ciri istimewa anaknya terutama anak sulungnya yang bakal meningkat remaja,namun masih tidak boleh mengurus diri sendiri.
Catatan ini termasuk perjuangannya dalam bidang pertanian dan lain-lain yang kemudiannya membawa kepada sebuah penulisan.
Adakah Atirah menemui kejayaan atau sebaliknya?
*****
Pada saat buku ini diterbitkan, saya sangat berharap, ia dapat menjadi sumber membantu saya dalam masalah kewangan yang saya hadapi bagi membesarkan anak-anak.
Sebelum menulis buku ini, saya telah menerbitkan sebuah buku alam fantasi, alam ghaib. Tapi telah diberhentikan cetakannnya kerana digubah dan ditulis semula dengan lebih baik.
Novel Catatan Hari-Hari Seorang Balu ini telah mendapat pujian dari penulis berpengalaman dan orang dari Persatuan Sastera negeri.
Bersyukur ke hadrat illahi, walaupun masih belum dikenali, namun novel kisah sedih ini tetap terus dalam percubaan untuk diperkenalkan kepada lebih ramai pembaca. Semoga satu hari , isu yang dibangkitkan oleh novel ini mendapat perhatian masyarakat, terutama pihak berwajib yang punya tanggungjawab ke atas ibu tunggal ,anak yatim ,dan anak OKU.
Nukilan MakChantek......
( CATATAN DI ATAS BERTARIKH NOVEMBER 2023. NOVEL INI AKAN DICETAK SEMULA SEKITAR NOVEMBER TAHUN INI 2026 ,INSYA-ALLAH)

No comments:
Post a Comment