Saturday, 14 March 2026

ROMBONGAN KE MARIKH (edisi baharu)


ROMBONGAN KE MARIKH, Komedi Satira

EDISI BARU
(Lukisan komik oleh Encik Shamsul Mohammad, editor Majalah Sempoi) 

 

Assalamualaikum, salam sejahtera pembuka bicara. 

Saya kembali menulis di laman blog saya setelah lama berehat. Sudah bertahun saya tidak menulis, hari ini saya mulakan catatan pertama saya dengan memperkenalkan sebuah novel istimewa yang saya tulis dan terbitkan.

Novel ini berkonsep komedi satira,sebuah misteri diceritakan dalam bentuk komedi.
Novel Rombongan Ke Marikh telah saya terbitkan buat pertama kalinya tahun 2022 dalam bentuk ebook. Percubaan pertama saya walaupun pada hakikatnya saya tidak punya ilmu tentang penerbitan ebook. Susun-atur novel saya itu juga, agak tunggang-langgang.

Penerbitan ebook Rombongan Ke Marikh waktu itu sebenarnya sebuah usaha demi kepangsungan hidup seorang balu bertaraf asnaf seperti saya. Saya redah. Menulis dengan gaya santai dan 'gila-gila', kemudiannya menjual hasil tulisan secara digital dengan harga RM10 senaskah.

Tahun ini, berbekalkan pengalaman dan ilmu yang digali sekitar dua ke tiga tahun selepas itu, saya telah kembali menulis dan menerbitkan novel ini.
Sebuah karya edisi baharu yang menjanjikan persembahan menarik, lebih tersusun rapi dan menghiburkan. 

Malah, saya juga telah hampir menyiapkan manuskrip sekuel kepada Rombongan Ke Marikh. Sekuel ini ditulis dengan garapan yang lebih dramatik. Kesinambungan kisah  misteri yang bakal membawa pembaca kepada pengembaraan pendek cukup melucukan. 

Buat Julung kalinya, saya mengambil khidmat pelukis majalah humor yang juga merangkap editor Majalah Sempoi sebagai pelukis gambar kulit muka novel saya. Bersesuaian dengan jalan cerita.

Pengembangan watak-watak utama dalam Rombongan Ke Marikh bakal membekas di hati pembaca hingga pembaca ternanti-nanti kisah yang bakal berlaku dalam sekuel yang seterusnya.

Saya akan memperkenalkan beberapa watak utama dalam cerita ROMBONGAN KE MARIKH di paparan siri penulisan saya yang akan datang.

Link  pembelian ebook akan saya buka tidak lama lagi.
Tunggu posting saya yang seterusnya. Bye!

ROMBONGAN KE MARIKH (edisi baharu)

ROMBONGAN KE MARIKH, Komedi Satira (Lukisan komik oleh Encik Shamsul Mohammad, editor Majalah Sempoi)    Assalamualaikum, salam sejahtera pe...