Thursday, 23 April 2026

NOVEL TERBARU 2026

 Salam pembuka bicara. 

Kali terakhir saya menerbit dan menulis novel baru ialah pada tahun lepas 2025 ,novel bertajuk MISTERI DIARI HITAM.  Tahun ini, untuk fasa pertama, saya telah pun menerbitkan edisi baharu novel berunsur komedi satira yang bertajuk ROMBONGAN KE MARIKH. 



Rombongan Ke Marikh merupakan sebuah novel humor santai di mana novel cerita lawak terutama komedi kampung adalah  sangat jarang di ketengahkan dalam kebanyakan novel Melayu masa kini. Siapa peminat cerita arahan Mamat Khalid pasti menggemari jalan cerita novel ini.

Inilah novel lawak terbaru 2026 lain dari yang lain, senaskah bacaan humor  mampu buat pembaca ketawa dan ketagih.

Tahun ini saya mengetengahkan komedi kampung ala-ala cerpen di laman majalah humor Gila-Gila dan Ujang satu masa dahulu.  Konsep tulisan begini agak nostalgia. 

Jika anda telah membaca banyak berita-berita semasa dan konflik politik dunia yang memeningkan kepala,  novel Rombongan Ke Marikh tentunya novel yang paling sesuai dijadikan selingan bacaan ringan  buat menghiburkan pembaca juga memahami sindiran sinis yang terselit dalam penceritaannya. 

Novel ini tidak tebal, namun bakal menggeletek hati pembaca hingga kebanyakan pembaca dapat mengingat setiap watak novel lucu ini.


Untuk pengetahuan semua, novel edisi baharu sudahpun berada di pasaran dalam bentuk ebook. 

Nak tahu rupa sebenar ebook terbaru ini? 
Klik pautan di bawah, pembaca boleh membaca sample percuma sebelum membeli ebook dengan harga promosi RM10.67 sahaja. Harga asal ebook RM12.89

TEKAN LINK PEMBELIAN:
👇👇👇

Ini hanya terbitan semula sebuah novel lama.  Sekuel sebenar novel ini akan turut diterbitkan tidak lama lagi. Novel yang bakal membuat bibir anda tersengih  menahan tawa!

Insya-Allah saya akan berkongsi sinopsis, watak dan kisah sebenar tertulis di helaian novel istimewa ini. Nantikan perkongsian saya dalam lembaran seterusnya. 


Selamat membeli ebook😘








No comments:

Post a Comment

NOVEL TERBARU 2026

  Salam pembuka bicara.  Kali terakhir saya menerbit dan menulis novel baru ialah pada tahun lepas 2025 ,novel bertajuk MISTERI DIARI HITAM....