![]() |
| Novel ROMBONGAN KE MARIKH |
Pertengahan bulan lepas, ebook Rombongan Ke Marikh telah pun diterbitkan. Ia sebuah novel genre humor tempatan dengan konsep cerita jenaka gila-gila. Boleh jadi ini adalah novel komedi yang pertama terbitan 2026. Oleh kerana ada permintaan, tempahan naskhah fizikal untuk novel ini telah dibuka.
Pertama Kali ebook Rombongan Ke Marikh menemui pembaca adalah sekitar awal tahun 2023 di mana hasilnya agak kelam-kabut. Waktu itu saya belum pernah menghasilkan ebook. Tujuan ebook itu ditulis hanya untuk mengumpulkan sedikit belanja sewaktu tahun-tahun awal menjadi seorang ibu tunggal.
Namun begitu, feedback yang diterima cukup memberi semangat kepada saya hingga kemudiannya mencetak pula ebook tersebut menjadi naskhah fizikal, juga dalam kuantiti percubaan yang tidak banyak. Akhirnya buku cetakan yang sedikit itu telah dibawa ke pesta buku antarabangsa di Kuala Lumpur mendapat maklum balas positif daripada para pembaca.
Saya memutuskan untuk tidak meneruskan cetakan baharu kerana merasakan terlalu banyak yang perlu diperbaiki tatkala saya mendalami ilmu berkaitan penerbitan buku dari penulis-penulis dan editor berpengalaman yang menghadiri pesta buku tersebut.
Tahun ini, berbekalkan pengalaman yang tidak seberapa, didorong minat mendalam kepada genre komedi satira dan lawak jenaka berkonsep gila-gila, saya kembali menerbitkan edisi baharu novel Rombongan Ke Marikh. Ada sedikit penyuntingan isi kandungan dilakukan agar ia lebih relevan dibaca oleh semua.
Perubahan kecil dalam edisi baharu ini juga adalah kerana menyediakan sekuel sambungan yang jauh lebih dramatik, lebih aksi dan pastinya lebih banyak episod lucu disajikan kepada pembaca novel humor tempatan ini. Sekuelnya nanti seakan perjalanan cerita filem komedi yang lebih panjang durasinya berbanding Rombongan Ke Marikh. Nantikan keluaran edisi khas KITA KE MARIKH LAGI.
Jika ditanya corak yang bagaimana untuk menggambarkan suasana cerita Rombongan Ke Marikh, saya mencorakkannya mengikut acuan campur-aduk gaya jenaka yang dekat di hati saya. Saya sememangnya sangat mengkagumi karya-karya arahan dan ilham layar perak allahyarham Tuan Mamad Khalid. Bukan sahaja karya komedi beliau, bahkan filem Puteri Gunung Ledang di mana beliau merupakan penulisan skrip dan pencetus idea asal filem epik tersebut turut meninggalkan kesan mendalam membentuk jati diri saya.
Mamad Khalid sangat sinonim dengan lawak jenaka yang memfokuskan masyarakat kampung. Lawak yang dihidangkan selalu berkaitan rapat dengan pergaulan masyarakat di kampung, humor kampung dinaik taraf hingga mampu menggeletek hati penonton dari pelbagai lapisan masyarakat.
Oleh itu, kisah Rombongan Ke Marikh ini mengenengahkan beberapa isu yang sering berlegar di kalangan masyarakat kampung. Setiap watak mewarnai jalan cerita dalam novel ini dengan gaya istimewa masing-masing sehingga meninggalkan kesan di ingatan pembaca.
![]() |
| Sinopsis novel Rombongan Ke Marikh |
Saya juga menginspirasikan penulis hebat , allahyarham Tamar Jalis. Saya telah membaca semua koleksi Siri Bercakap Dengan Jin sejak di bangku sekolah. Genre misteri, alam ghaib, alam fantasi sangatlah kena dengan jiwa sehingga novel-novel tulisan saya hampir ke semuanya terarah kepada konsep sebegitu.
Apabila kisah-kisah misteri begini diparodikan dalam bentuk penulisan, ia menghasilkan sebuah karya komedi yang dengan mudahnya dapat mncuit rasa lucu di hati pembaca.
Bagi pembeli novel Rombongan Ke Marikh nanti, anda layak mendapat VOUCHER RM5. Voucher ini boleh digunakan sewaktu pembelian sekuel Rombongan Ke Marikh yang bertajuk, KITA KE MARIKH LAGI.
![]() |
| IMBAS UNTUK MEMBELI |
Anda juga boleh ikuti perkongsian saya di laman sosial yang lain; facebook, Instagram, TikTok dan lain-lain. Imbas kod dibawah👇
![]() |
| IMBAS UNTUK FOLLOW |





