Posts

Showing posts from September 27, 2019

MASALAH HAID DAN NIFAS MENGGANGGU EMOSI WANITA (jom lihat cara merawat)

Image
'Mood swing' ,itulah istilah yang biasa digunakan bagi menggambarkan wanita yang sering beremosi dan kemurungan. Keadaan ini biasa berlaku kepada wanita sebelum kedatangan haid, dalam haid, wanita selepas bersalin, wanita menopos dan wanita yang tidak stabil hormonnya.              Mengikut Ensiklopedia perbidanan Melayu tulisan Datin Anisah Barakbah, salah satu punca keadaan ini adalah kerana tidak lancarnya pengeluaran darah nifas ,darah bayam, sewaktu wanita dalam pantang. Kekotoran yang tersimpan dalam tubuh wanita itu telah mempengaruhi kesihatan emosi dan kestabilan hormonnya. Ini menyebabkan wanita tersebut menjadi sangat mudah emosi, mudah mengamuk,mudah marah-marah walaupun pada perkara yang tidak sepatutnya. Masalah haid dan nifas mengganggu emosi wanita.             Dalam perawatan tradisional, beberapa jenis herba dan rempah ratus biasa digunakan untuk mencuci dan melancarkan pengaliran darah kotor dari tubuh badan . Herba dan rempah ratus t