Posts

Showing posts from February 9, 2017

MERAWAT KEGUGURAN

Image
Bissmillahhirahmanirrahim... Pagi ni cuti Thaipusam. Makcantek sedang menggoreng beras pulut Susu untuk dibuat scrub.. Sambil itu nak bercerita sikit tentang keguguran dan rawatan keguguran, berpantang keguguran, penjagaan selepas gugur bayi tidak cukup bulan. Rajah di bawah adalah salah satu gambar yang keluar dari rahim semasa gugur. Ada banyak lagi gambar janin keguguran tapi kurang selesa untuk ditunjuk sebagai tatapan anda .  KESILAPAN WANITA SELEPAS KEGUGURAN Melalui pengalaman Makcantek , ramai wanita masakini bukan saja tidak menjaga diri selepas proses keguguran, malah mereka langsung tak punyai ilmu memahami kesan bahaya yang bakal mereka hadapi. Antara kesalahan yang selalu dilakukan oleh ibu yang baru alami keguguran: 1. Hadir ke pejabat seperti biasa , duduk dalam bilik penghawa dingin dan memanjat tangga pejabat. 2. Langsung tidak menjaga makan atau berpantang makan. 3. Bertungku di kawasan perut/ari2 . Ritual ini tak boleh dilakukan k