Posts

Showing posts from December 19, 2018

MAJLIS KAHWIN MERIAH ALA MELAYU KLASIK

Image
           Assalamualaikum. Sudah lama saya tak menulis dalam blog ini. Boleh dibilang posting untuk tahun ini. Saya akan kembali aktif berkongsi di vlog yang semakin sunyi ini.            Hari ini saya nak berkongsi cerita kegembiraan dalam majlis perkahwinan adik perempuan bongsu pada tanggal 8 Disember 2018 yang lalu. Majlisnya ringkas sahaja. Ikut bajet yang ada. Lagipun, adik saya masih belajar. Walaupun simple dan ringkas, kami masih berjaya terapkan elemen Melayu Tradisional dan klasik  selagi termampu. Campur aduklah dengan apa yang butik sini ada untuk disewa.  ELEMEN DALAM MAJLIS KAHWIN MELAYU DALAM KENDURI KAMI 1. Kalau anda rajin mencari bahan di media sosial terutama sekali waktu musim orang kahwin, anda akan perasan.  Kalau sesi bergambar, pengantin perempuan kebanyakannya memegang jambangan bunga. Itu elemen campuran bukan lagi asli melayu. Jadi saya seboleh bolehnya mengelakkan adik saya dari memegang jambangan bunga. Biar tangan berinai memegang selendang