MAJLIS KAHWIN MERIAH ALA MELAYU KLASIK

           Assalamualaikum. Sudah lama saya tak menulis dalam blog ini. Boleh dibilang posting untuk tahun ini. Saya akan kembali aktif berkongsi di vlog yang semakin sunyi ini.

           Hari ini saya nak berkongsi cerita kegembiraan dalam majlis perkahwinan adik perempuan bongsu pada tanggal 8 Disember 2018 yang lalu. Majlisnya ringkas sahaja. Ikut bajet yang ada. Lagipun, adik saya masih belajar.

Walaupun simple dan ringkas, kami masih berjaya terapkan elemen Melayu Tradisional dan klasik  selagi termampu. Campur aduklah dengan apa yang butik sini ada untuk disewa.


 ELEMEN DALAM MAJLIS KAHWIN MELAYU DALAM KENDURI KAMI


1. Kalau anda rajin mencari bahan di media sosial terutama sekali waktu musim orang kahwin, anda akan perasan.  Kalau sesi bergambar, pengantin perempuan kebanyakannya memegang jambangan bunga. Itu elemen campuran bukan lagi asli melayu.

Jadi saya seboleh bolehnya mengelakkan adik saya dari memegang jambangan bunga. Biar tangan berinai memegang selendang songket tenunan menawan. Persis penampilan wanita melayu lama.




2.  Pemakaian 'veil' ala moden atau orang barat di atas lapisan tudung atau kepala sudah menjadi trend biasa masakini . Tak salahpun. Kerana memang menjadi adat perubahan masa, segalanya akan berubah mengikut angin fesyen semasa.

Kembali kepada zaman dahulu, zaman Melayu Klasik Tradisional,penggunaan kain songket sebagai selendang  atau  "veil' menjadi kebiasaan pengantin. Selain daripada  selendang sutera dan sebagainya.
Terlihat  sangat menawan dan eksklusif,tenunan songket menghias kepala pengantin.

Jadi, saya cadangkan adik saya untuk menggunakan selendang songket mengantikan 'veil' ala barat. Walaupun adik saya  mulanya ragu-ragu dan serabut ( kerana dia jarang tengok orang sekarang buat ), tapi saya yakinkan,itulah kelainan yang akan buat dia jadi 'berbeza dari hari-hari biasa.

(Contoh aksesori kepala wanita melayu lama)


3. Penggunaan tiara  di atas tudung . Ini kebiasaan yang kita lihat pada hampir semua pengantin  atau raja sehari zaman ini.  Cuba anda 'google' gambar foto pengantin  melayu sekarang atau pergi ke majli-majlis kahwin kejiranan anda,  pengantin perempuan mesti pakai 'veil' atau selendang dengan tudung yang  ber 'owning' atau shawl, kemudian di atas kepala mereka ada pelbagai jenis tiara.

Cara pemakaiannya ,hampir semua sama.
Saya sangat ingin mengelakkan kebosanan dalam tata rias begini pada adik saya.

 Ada masa, kita tak rasa terujapun nak tengok pengantin kerana penampilannya sama dan serupa saja diwaktu hari persandingan atau hari raya. Kerana penampilan dan mekap yang sama.

Oleh itu, saya cadangkan adik saya untuk kembali menampilkan eksoseri kepala ala-ala   perempuan melayu zaman lama. Di mana, eksose
ri pelbagai rekaan yang berwarna emas menjadi pilihan.

Untuk lebih menambahkan kelainan dari hari-hari biasa, saya cadangkan dia mencari eksosari kepala yang menutup 'owning' tudung atau perhiasan dahi.
Perhiasan emas yang menutup separuh dahi adalah di antara perhiasan melayu zaman dahulu kala.

Tapi sayang, sukarnya nak mencari aksoseri tersebut di saat yang suntuk dan tak banyak butik berhampiran yang menyediakan perhiasan sebegitu.
Akhirnya, adik saya menggunakan aksoseri dahi yang yang terbuat daripada manik .
Ia masih boleh memberi kelainan. ( lagipun kami memang tak ada bajet, sekadar menggunakan apa yang ada untuk mengembalikan nostalgia pengantin melayu  lama . Lari dikit dari kebiasaan kejirananan sekarang).

4.  Tak banyak yang dapat kami buat. Tapi tetap kami usahakan supaya dapatlah sikit majlis perkahwinan ni mengembalikan nostalgia zaman dulu-dulu yang tak berapa moden. Mekappun mekap zaman dulu-dulu. Jadi, untuk baju, biar bukan kurung moden atau potongan moden (ala-ala baju kedai kemboja) yang biasa orang sekarang pakai.  Biarla guna baju kurung pahang ke,kebarung ke, kebaya lama ke. Dengan tenunan songket. Paling-paling baju pengantin pilih je songket seragam .


5. Nak hidupkan suasana melayu tradisional Klasik dalam majlis kahwin sekarang, bukan mudah juga. Terutama nak dapatkan kerjasama semua pihak.  Apa yang saya dan ahli keluarga boleh lakukan ialah memilih satu seragam terang dari kain songket cetak. ( tak de bajet nak beli satu set songket tenunan untuk semua).

Warna pilihan ialah warna kuning . Kerana warna ini sangat cerah dan terang di waktu tengahari.  Sedikit sebanyak dapat menceriakan majlis. Bagi ahli keluarga yang perempuan, di beri selempang/selendang dari songket .

Baju ahli keluarga kalau boleh, janganlah sama dengan pengantin.  Tak macam raja seharilah dia. Nanti jadi pasukan boria sama pengantin.
Bagi para tetamu, mereka bebas pakai apapun asalkan kerana tidak mahu membebankan mereka. Cuma kami beritahu siap-siap, kalau boleh baju melayu tak kisah apa-apa 'patern' pun.





6. Lagu - lagu pilihan d.j ,pastikan lagu dengan instrumental ala zaman dulu-dulu yang agak 'mambo-ish' (era 40an-50an), dan lagu-lagu tradisional yang di nyanyikan oleh penyanyi lama ( kalau lagu tradisional baru, sudah dipengaruhi bunyi yang agak moden).
 Ini paling penting bagi membangkitkan suana melayu klasik dan tradisional.


7. Seboleh- bolehnya tata rias pelamin, tata rias dewan, 'goody beg', kek pulut kuning,turut dipelopori  oleh tradisi melayu klasik, atau tradisional. Orang dulu-dulu bagi telur rebus pada tetamu. Tak ada 'cup cake' atau gula2.
Apa-apapun pilihan anda.  Yang penting sekali,tata rias Melayu.

Cukup 7 perkara ini,  saya rasa boleh dah majlis kahwin kita masuk ke zaman dulu-dulu sikit pun jadilah. Nak buat betul-betul kena tengok bajet juga. Kita hanya majlis ringkas.

Alhamdulillah adik selamat bersanding, ditepung tawar ,makan beradap sedikit sebanyak ada kelainan dan mengekalkan unsur-unsir melayu klasik di dalamnya.


Semoga penampilan melayu tradisional  kembali mewarnai pesta-pesta majlis perkahwinan masyarakat kita.  Kerana itu adalah nilai budaya yang berharga keunikan yang menarik orang luar untuk melihat cara kita.

Comments

Popular posts from this blog

FARAJ TERASA PEDIH DAN MUDAH LUKA??

WOMEN DESIRE TRIPLE ADVANCE - krim kecantikan terbaik

Snow white- INSTANT LOSTION SUSU UNTA