MERAWAT KEGUGURAN

Bissmillahhirahmanirrahim...

Pagi ni cuti Thaipusam. Makcantek sedang menggoreng beras pulut Susu untuk dibuat scrub..

Sambil itu nak bercerita sikit tentang keguguran dan rawatan keguguran, berpantang keguguran, penjagaan selepas gugur bayi tidak cukup bulan.

Rajah di bawah adalah salah satu gambar yang keluar dari rahim semasa gugur.


Ada banyak lagi gambar janin keguguran tapi kurang selesa untuk ditunjuk sebagai tatapan anda . 

KESILAPAN WANITA SELEPAS KEGUGURAN

Melalui pengalaman Makcantek , ramai wanita masakini bukan saja tidak menjaga diri selepas proses keguguran, malah mereka langsung tak punyai ilmu memahami kesan bahaya yang bakal mereka hadapi.

Antara kesalahan yang selalu dilakukan oleh ibu yang baru alami keguguran:

1. Hadir ke pejabat seperti biasa , duduk dalam bilik penghawa dingin dan memanjat tangga pejabat.

2. Langsung tidak menjaga makan atau berpantang makan.

3. Bertungku di kawasan perut/ari2 . Ritual ini tak boleh dilakukan kerana rahim yang keguguran tidak boleh terlalu panas atau terlalu sejuk.

4. Makan jamu yang panas atau ada unsur ketat rahim. Ibu yang baru lepas keguguran tidak boleh sama sekali mengambil jamu sebegini.

5. Melakukan persetubuhan dengan suami terlalu awal sebaik kering darah. Padahal rahim yang keguguran adalah sangat lemah sama seperti ibu bersalin. Perlu melalui tempoh berpantang yang lama. sekurang kurangnya 44 hari.


6. Mengangkat barang berat atau memberi beban pada rahim. Ibu keguguran mempunyai keadaan tubuh yang rumit. Dengan aktiviti angkat berat, rahim boleh jatuh bila-bila masa.

7. Melakukan aktiviti harian seperti biasa tanpa rehat,tanpa berstokin,tanpa amalan berpantang. Kesalahan ang biasa ilakukan ibu selepas keguguran.

KESAN AKIBAT TIDAK MENJAGA PANTANG SELEPAS KEGUGURAN

Antara kesan tidak menjaga aturan selepas keguguran ialah:

1.Rahim menjadi lemah dan menyukarkan proses kelahiran normal seterusnya.

2. Kemungkinan sukar mengandung atau 'lekat' janin.

3. Ibu alami masalah meroyan.
-meroyan gangguan mental
-meroyan sakit urat
-Meroyan sakit kulit
-meroyan sakit angin
dan lain-lain.

4. Rahim mudah terkena jangkitan dan ketumbuhan seperti fibroid dan Cyst.

5. Keluar tombong, di mana bahagian rahim yg berbentuk bebola turun dari tempatnya pada tahap teruk tersembul keluar dari permukaan faraj.

6. Ibu cepat penat letih dan lesu.Tubuh badan tidak sekuat sebelumnya.

7. Hubungan Seksual akan bermasalah dan terganggu akibat masalah emosi atau ketidakselesaan fizikal.

8. Pelbagai komplikasi lain akan wujud .

PENAWAR KEGUGURAN DAN CARA MERAWAT WANITA GUGUR .


Melalui pengalaman Makcantek dan rakan-rakan, berikut merupakan beberapa  ubat dan cara merawat rahim keguguran:

1. Sebaik sahaja gugur, Ibu diwajibkan ambil Ubat Tasak. zaman sekarang sudah hampir pupus penggunaan tasak oleh bidan-bidan. Makcantek turun temurun menggunakan Tasak yakni serbuk yanh diperbuat dari lebih kurang 44 jenis pucuk daun kayu berubat.

Tasak diamalkan 3 hari berturut-turut sebaik sahaja selepas keguguran.
Tasak yang dikapsulkan bewarna agak gelap kehitaman. Ia bukan akar ,ia bukan jamu kewanitaan ketat rahim. 
penggunaannya adalah penting untuk menguatkan posisi rahim disamping mengeluarkan sisa darah kotor.


2. Sebaik saja keguguran, ibu terus saja memulakan amalan berpantang makan . Pantang makan makanan yang berangin, makanan berunsur sejuk ,atau ubat ubatan ,supplement yang memudaratkan. 
( boleh google makanan ibu berpantang).

3. bertungku pada bahagian badan yang lain kecuali ari-ari atau bahagian rahim. 

4. Jangan lupa memakai stokin dan melumurkan tubuh dengan losyen panas atau param pilis.

5.Mandi dengan air panas dan paling elok air daun herba.

6. Minum air rebusan halba.

7. Jangan duduk berhadapan berkipas atau berhawa dingin. Ibu keguguran perlu memakai barut bagi menyokong rahim yang lemah .


8. Makan ulam ulaman untuk menjaga dan memuliharatubuh badan secara semulajadi.

9.Banyakkan berehat dan menenangkan fikiran. berzikir untuk elakkan fikiran terganggu.

10. Jauhi ais dan laksa untuk waktu yang panjang. Ikan yang berbisa tidak boleh diambil .Ambil nasi dan sayur yang tidak sejuk seperti sawi dan bayam.

11. selepas tempoh berpantang, ibu yang keguguran sudah boleh mengambil Air akar kayu  dan jamu yang bersifat panas. ada bidan mengatakan jaraknya 60 hari dari hari keguguran, ada bidan yang mengatakan jarak nya 44 hari dari hari keguguran.
Bergantung kepada tubuh badan dan proses pemulihan rahim masing-masing ,juga perawat atau bidan yang menjadi rujukan ibu keguguran.

SEKIAN NUKILAN MAKCANTEK. 

BAGI YANG INGIN MERUJUK PERAWATAN KEGUGURAN PADA MAKCANTEK,
BOLEH  WHATSAP/SMS 

019 548 8047
019 548 8047
019 548 8047

MAK SEDIA MEMBANTU.




Comments

Popular posts from this blog

FARAJ TERASA PEDIH DAN MUDAH LUKA??

WOMEN DESIRE TRIPLE ADVANCE - krim kecantikan terbaik

Snow white- INSTANT LOSTION SUSU UNTA