TIPS PENJAGAAN WAJAH USIA 30AN



Hari ini saya nak menceritakan masalah kulit yang dihadapi oleh wanita yang sudah berumahtangga dan berusia 30an. Usia saya sekarang menjangkau 34 tahun.

        Pada usia 30an kulit kita tidak lagi seperti ramaja atau saat 10 tahun lalu di mana pada masa itu kolagen semulajadi dalam kulit sedang aktif diperbaharui. keadaan kulit sentiasa lembab dan berminyak. Sangat mudah untuk mendapatkan kulit yang tegang dan bersinar. 

Namun, semenjak kelahiran beberapa orang cahaya mata dan usia menginjak 30an, apa yang dialami kebanyakan wanita ialah sukar untuk mengekalkan kulit yang tampak sihat bersinar jika tiada penjagaan yang agak sempurna. 





ANTARA MASALAH KULIT WAJAH YANG DIALAMI OLEH WANITA 30AN YANG SUDAH MELAHIRKAN BAYI 



1. Kulit kelihatan kusam setiap masa.
2.Tona warna kulit sering tidak sekata.
3.Parut dan noda hitam sukar dihilangkan.
4.Kulit kadangkala kering,kadangkala berminyak.
5.biji kolestrol kadangkala tumbuh dan sukar hilang.
6.Kulit kelihatan agak 'jatuh' dan tidak berseri.
7.Warna kulit wajah kelihatan agak gelap dari yang asal.
8.Mudah ditumbuhi jerawat dan jeragat.

 Semua permasalahan di atas berpunca dari beberapa sebab. Apa yang admin sampaikan pagi ini adalah hasil pemerhatian admin sendiri ke atas diri sendiri,orang sekeliling dan pelanggan yang dihargai selain hasil pembacaan tentang isu ini.


ANTARA PUNCA MASALAH KULIT WANITA USIA 30AN:

1. penghasilan kolagen semulajadi semakin berkurangan.

2.sel kulit mati semakin meningkat.

3.Ketidakstabilan hormon adalah punca utama.

4.aktiviti harian yang semakin tidak menentu.

5.Pengambilan nutrisi dalam diet harian yang tidak betul dengan usia. Contohnya kurang mengambil sayur dan ulam,tetapi lebih menikmati makanan ringan. sedangkan pada usia 30an, sistem badan kita tidak lagi sekuat sewaktu remaja. Pemakanan sihat amat penting dalam membantu menaikkan semula seri pada kulit.

6. Pemilihan skincare atau set penjagaan kecantikan wajah yang tidak sesuai dengan usia dan permasalahan kulit.

7.Tidak konsistan dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan kulit wajah. Contohnya, penggunaan krim malam sering ditinggalkan sedangkan wajah kita merawat sel kulit sewaktu kita tidur di malam hari. Krim malam sangat membantu membaiki tekstur kulit sedikit sebanyak.



TIPS PENJAGAAN KULIT USIA 30AN


Saya telah menerangkan tentang masalah-masalah kulit wanita 30an dan antara punca-punca yang membawa kepada masalah tersebut. Sekarang,ingin admin kongsikan bersama anda tips yang admin lakukan untuk mendapatkan kulit yang sihat bersinar dan kelihatan cantik lembab apabila bangun tidur. 

Keadaan kulit yang lembab waktu bangun dari tidur memberi isyarat bahawa kulit kita akan mudah diuruskan pada hari itu. 

berikut antara tips dan langkah penjagaan yang perlu :

1. Mengambil suplement ,vitamin atau sumber makanan tambahan yang mampu menghasilkan koklagen secara semula jadi. Ini salah satu cara yang cepat kesannya ,contoh,pengambilan tablet vitamin C.

2. Menu diet yang seimbang dan yang paling penting pengambilan serat yang mencukupi.  Pernah dalam dua minggu saya tidak mengambil apa-apa sayur,ulam dan hanya bergantung kepada suplement semata-mata, keadaan kulit masih lagi kadangkala kelihatan kusam. Ini mungkin kerana kadar serapan suplement tidak berlaku dengan baik melalui usus.
Kemudian, pada minggu berikutnya saya mula mengambil buah buahan segar. sekurang-kurangnya selang dua tiga hari. Saya selangkan dengan pengambilan sayur . Saya mengambil kuantiti sayur sawi yang banyak . lebih banyak pada pengambilkan karbohidrat.
Tanpa supplement. Hanya skincare. ternyata,di waktu bangun pagi,walaupun badan agak kepenatan dengan aktiviti harian, tetapi wajah saya sangat lembab dan sekata.warnanya cerah dan kulit nampak tegang.

3. Minum air kosong secukupnya. Ramai yang kata takut untuk minum air kosong yang banyak,kerana kerap buang air kecil. sebenarnya, kita tak perlu mengambil air kosong yang banyak,tetapi cukup mengambil air kosong ikut keperluan tubuh kita. Sekiranya kuantiti air yang kita ambil mencukupi dengan berat badan, tidak perlulah anda risau masalah kerap buang air kecil. Itu adalah permulaan proses detoks. Cuma, pastikan kerap buang air kecil itut bukan  akibat daripada masalah rahim jatuh atau jangkitan salur 'kencing'. kebiasaannyya untuk setiap 25kg berat badan, kita memerlukan 1 liter air. ( 25kg = 1 liter air)

4. aktiviti harian yang tidak menentu menyumbang kepada keadaan yang stress.Apa yang anda boleh lakukan ialah cuba memasukkan unsur-unsur aktiviti yang dapat memberi rehat dan ketenangan pada minda anda. Elakkan memikir sesuatu secara keterlaluan sehingga mendatangkan tekanan melampau. 
Pastikan tubuh badan anda cukup rehat. Sebenarnya masalah kurang rehat atau kurang tidur yang berlarutan bukan sahaja memberi kesan buruk pada kulit,tapi turut memberi kesan buruk kepada kesihatan tubuh badan. Terutama masalah penyakit kronik yang bakal singgah pada penghujung usia sebelum menopos.




5. Penjagaan kecantikan kulit amatlah penting pada usia ini. Jika sebelum ini sewaktu remaja anda kurang mengambil tahu tentang langkah penjagaan kulit wajah, pada usia 30an hal ini menjadi antara perkara utama yang sangat penting. 
Amalan bermasker dan ber'scrub' adalah antara amalan utama yang perlu anda serapkan dalam jadual mingguan anda samada sekali atau dua kali. 
pada usia ini, sel kulit mati semakin meningkat, jika kita tidak membantu kulit untuk merangsang pembersihannya dari luar, kulit akan mudah berjeragat dan kelihatan kotor apabila usia meningkat. Tidak cukup hanya pencuci wajah, muka perlu disental dengan 'scrub' bagi proses pencucian hingga ke lapis dalam kulit. Kemudian,mengetatkan semula wajah dan merawat keadaan kulit dengan 'masker'. 

6. satu lagi yang perlu dititik beratkan ialah pemilihan set skincare atau set penjagaan wajah. Pada usia 30an, dalam keadaan hormon yang selalu tidak stabil dan kulit yang semakin menua, skincare yang berciri 'ringan' atau sekadar mencuci tidak lagi mencukupi untuk kulit kita.
Piilih set penjagaan seperti krim siang,krim malam,serum, dan lain-lain yang sesuai dengan usia kulit.




7. Konsistanlah dalam menggunakan set penjagaan wajah. Ramai yang beli,kemudian tidak menghabiskannya,malah bertukar-tukar kepada pelbagai jenama setiap minggu.
Ada yang membeli set lengkap, tetapi sangat sering meninggalkan penggunaan krim malam. Perlu anda ketahui krim malamlah antara 'item' yang paling penting untuk diamalkan secara konsistan setiap hari untuk mendapat kulit yang sentiasa muda.

8. Rehat dari skincare. Dalam sebulan, anda perlu merehatkan kulit dari skincare.  Gantikan dengan penggunaan bahan semulajadi contohnya beras goreng untuk merehatkan kulit dari pengunaan bahan luar. Dengan ini, kesan penggunaan skincare akan berterusan dan masih relevan untuk kulit anda. Tanpa waktu rehat daripada skincare, akan tiba satu masa di mana skincare yang anda gunakan sudah tidak lagi memberi kesan yang anda inginkan.


SEMOGA TIPS DI ATAS BERMANFAAT UNTUK ANDA.

Comments

Popular posts from this blog

FARAJ TERASA PEDIH DAN MUDAH LUKA??

WOMEN DESIRE TRIPLE ADVANCE - krim kecantikan terbaik

Snow white- INSTANT LOSTION SUSU UNTA