Salam Jumaat sahabat..

Petua Mak Cantek untuk sihatkan badan wanita datang bulan.  Tips ini khas untuk wanita yang sudah berkahwin terutama yang beranak pinak.


( gambar sekadar hiasan)

Ini sebenarnya satu petua atau tips untuk kesihatan wanita yang nak awet muda , serta menjaga kesihatan rahim khususnya.


        Ada wanita yang mudah kena senggugut, ada yang bermasalah fibroid, faraj berbau dan keputihan,tumit  sakit ,badan mudah lesu dan sebagainya. Sebenarnya, sebahagian besarnya adalah bergantung kepada penjagaan pemakanan . Selain aktiviti harian atau lain-lain keadaan.


Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan amalan saya kongsikan, tetapi atas pengalaman sendiri dan sedikit ilmu yang dikongsi orang yang lebih arif,
saya sangat yakin ia mujarab atas kalian juga. 




PENGAMBILAN MAKANAN DAN MINUMAN SEWAKTU  HAID ( datang bulan)


TIDAK AMBIL MINUMAN BERAIS

Apabila tiba hari pertama datang haid setiap bulan, kita tidak lagi sepatutnya mengambil minuman  berais. 

         Sebaiknya pastikan apa-apa yang diambil biar berunsur
panas agak panas ( bukan jamu ) supaya suhu yang panas membantu kelancaran aliran darah terutama darah kotor untuk keluar dari tubuh badan. 

Ais yang sejuk sebenarnya boleh mengakibatkan kekotoran melekat pada dinding rahim, atau tersekat pada salur-salur laluannya untuk keluar.

Kerapnya kita mengambil minuman berais sewaktu period atau datang bulan kadangkala tidak memberi kesan buruk pada peringkat awal, tetapi ia mula memudaratkan tubuh badan di kemudian hari. 






MINUM AIR REBUSAN HALBA

Untuk membantu membuang kekotoran dari dalam badan, kita juga boleh merebus biji halba. Petua ini sangat mujarab insyaaAllah. Ulang minum air rebusan halba suam  sepanjang hari. Anda akan dapati darah keluar dengan banyak. 
Malah bagi ibu-ibu yang keguguran ,ketulan-ketulan darah kotor akan keluar.

Air rebusan biji halba sangat baik untuk detoks tubuh anda. Ia tidak terlalu panas seperti jamu, tetapi mampu menyegarkan tubuh badan .Lama kelamaan badan terasa ringan.






Kerabu Ulam pucuk mengkudu

nasi bersama air rebusan halba

MAKAN NASI DENGAN ULAMAN BERUBAT.( Terutamanya pucuk mengkudu)


Makanan berpantang, tidak semestinya hanya diamalkan selepas bersalin atau selepas keguguran, ia boleh diamalkan sewaktu anda datang bulan. 

Pucuk mengkudu terlalu kaya dengan pelbagai jenis khasiat. 
Khasiatnya bukan satu rahsia lagi. Malah paling mengkagumkan saya,pengalaman mengamalkan pucuk mengkudu sewaktu menghidapi fibroid .

Sewaktu itu, badan sentiasa rasa lesu. Tetapi, sewaktu dalam tempoh berubat, saya mengamalkan  pucuk mengkudu yang dicelur dengan air panas,( dipotong2 agak halus gaul bersama halia,perahan limau nipis/limau kasturi, ikan bilis tumbuk, dan bawang besar tumbuk. )
campur sedikit garam. 

makan dengan nasi panas. Hasilnya, tak lama lepas makan, kelesuan terasa hilang dari tubuh badan.  Betul - betul tinggi khasiatnya.

Sewaktu haid, anda boleh amalkan apa-apa ulaman selain pucuk mengkudupun tak mengapa. Ia sangat membantu menguatkan tubuh badan. 







AMALAN BERTUNGKU ATAU TUAM BADAN

Ramai ibu-ibu datang kepada saya ,mereka alami macam-macam gejala selepas mendapat anak kedua atau selepas keguguran.

mereka mudah sakit badan, mudah penat,kurang nafsu melayan suami, tidak selesa bahagian ari-ari,kencing tak lawas, seram sejuk, sakit perut, dan lain-lain lagi.

Bila ditanya tentang amalan bertungku, mereka hanya lakukan waktu dalam pantang sahaja. Itupun sesetengahnya tak buat dengan betul,sekali sekala.

       Sebenarnya, amalan bertungku atau tuam badan seharusnya boleh diamalkan  terutama sewaktu datang bulan, selepas melakukan kerja berat ,atau berada lama dalam suhu sejuk. 

Memang kedengaran menyusahkan  . Tapi, inilah yang sebaiknya anda lakukan  sekiranya ingin menambah petua penjagaan rahim.  Tak susah sebenarnya. luangkan masa 15 minit - 30 minit paling kurang . 2 kali sehari, atau sehari sekali kalau anda terlalu terbatas. 

kalau waktu malam, anda boleh letak terus batu tungku yang masih panas dibawah punggung.

Tungku peha,celah peha,pinggul,ari-ari,keliling perut ( kecuali atas pusat .kata orang tua, boleh membawa kepada faraj berair).

kalau ada yang membantu boleh bertungku belakang badan. ( kadang-kadang kita kurang bertuah sebab pasangan yang kurang membantu atau memang tak ada pasangan ).




MEMAKAI BENGKUNG,BARUT ATAU YANG SEWAKTU DENGANNYA

       Sewaktu period atau haid, segala-galanya 'mengembang' atau sedikit membengkak pada bahagian perut bawah. seakan-akan semua terasa longgar. 

jadi, dengan memakai bengkung ,ia mengelakkan tubuh mudah dimasuki angin dan berada dalam keadaan lebih kemas.  Bagi sesetengah wanita, masa inilah untuk mereka membentuk semula tubuh badan kerana keadaan yang ' lembut '. 

kawal makan, gunakan bengkung dan losyen panas.




BERSTOKIN

Tiada paksaan dalam berstokin. Tapi bagi mereka yang alami kesejukan, senggugut dan sebagainya, eloklah memakai stokin sewaktu datang bulan.

Terlindung dari masalah sejuk, angin, dan sebagainya. Kata mak bidan yang selalu mengurut saya,
angin jahat biasanya masuk ikut kaki


BERTANGAS DAN MERUANG

Pada hari - hari akhir kedatangan haid, buatlah rutin bertangas. secara ringkaspun tak apa. 
buat dalam 2,3 kali satu hari.

kemudian, jangan lupa meruang. saya akan kupas isu meruang dengan lebih lanjt dalam tulisan akan datang.

Meruang wajib kita buat selang beberapa hari, terutama bila kemaluan sudah mula keluar bau yag kurang menyenangkan walaupun sudah dibasuh pada bahagian luar.

cara nya, dengan memasukkan jari hantu ke dalam lubang faraj sepanjang 3 ruas jari. 
Ada yang meruang dengan cecair pencuci wanita,ada yang meruang guna serbuk khas .

masukkan dan gosok-gosok dinding dalam salur faraj, kita akan dapati melekat selaput putih seperti marjerin pada jari. 
Cuci sehingga bersih, sehingga kesat dinding salur faraj  .


Terasa sangat bersih,terhindar bau, terhindar masalah seluar dalam berkarat. Bila kita meruang, memang faraj kita tidak akan berbau walaupun seharian beraktiviti. InsyaaAllah. Lakukan dalam 5 atau 6 hari sekali.

 Meruang hanya untuk wanita sudah berkahwin terutama yang sudah melahirkan. 

Baiklah, Mak Cantek berhenti setakat ini. Semoga  membaca lagi 😘

Comments

Popular posts from this blog

FARAJ TERASA PEDIH DAN MUDAH LUKA??

WOMEN DESIRE TRIPLE ADVANCE - krim kecantikan terbaik

Snow white- INSTANT LOSTION SUSU UNTA