PETUA MERAWAT MASALAH KENCING KERAP OLEH WANITA

        Ramai antara kita ,wanita yang sudah beranak pinak terutamanya mengalami masalah kerap buang air kecil .
Masalah besarnya, kita juga sukar untuk menahan bila rasa nak buang air. Adakalanya ,belum sampai pintu bilik air, kain atau seluar ibu-ibu sudah basah dengan air kencing sendiri.

 Masalah kencing kerap yang saya maksudkan di sini bukan yang berkait dengan masalah kencing kotor. Kalau kencing kotor itu sudah masalah lain.

 TETAPI ,masalah kencing kerap dan rasa buang air kecil yang tak dapat dikawal wanita yang saya maksudkan ini adalah berpunca daripada masalah rahim yang lemah dan kedudukannya telah memberi kesan pada pundi kencing ibu-ibu .Bagaimana kita nak menangani masalah kencing kerap secara semulajadi atau alami atau secara tradisional.

 Petua Amalan Merawat Masalah Kencing Tak Terkawal Oleh Wanita

        Sesetengah mereka yang mengalami masalah ini mengambil penyelesaian mudah dengan memakai 'pampers' dewasa sepanjang masa. Apa tidaknya, 10 minit sekali ,pundi kencing tak tertahan- tahan nak melepas hajat.

 SEBENARNYA, ada beberapa langkah yang ibu-ibu boleh lakukan bila terjadinya masalah ini.
 Ini merupakan Petua atau amalan secara tradisional untuk menangani masalah kencing kerap,kencing tak terkawal dan kencing tak lawas oleh ibu-ibu.
Tak sampai 3 haripun masalah anda dapat dirawat jika betul pada cara dan kaedahnya.

 Langkah-langkah yang saya kongsikan ini telah terbukti membuahkan hasil :

1. BERTUNGKU


Paling penting, kembali bertungku.  Sangat penting.  Ibu-ibu perlu tahu, disebalik amalan bertungku tersimpan satu magik di mana haba dari batu tungku seolah-olah memujuk urat saraf ,rahim ,dan dalaman kita . Haba itu berkomunikasi dengan dalaman kita.

Aliran haba dari batu tungku membantu mengecutkan rahim yang mengembang ,atau rahim yang turun rendah menekan pundi kencing.  Lakukan sekurang-kurangnya dua ( 2x) sehari. Pagi/subuh, dan malam.

Caranya, panaskan batu tungku dalam 15 minit,setelah dibalut, tekan2 batu tungku pada bahagian ari2 ( kalau boleh tekan hala menolak ke atas),
Tungku kawasan kiri kanan perut, perut atas pusat,pinggul belakang ,bawah punggung, peha, celah peha (penting).
Elakkan meletak batu tungku di atas pusat. Jangan tungku lubang pusat. Kata bidan lama, bertungku lubang pusat boleh mengakibatkan faraj bermasalah berlendir atau berair.

Masa tekan batu tungku , biarlah sehingga terasa habanya menyerap, janganlah takut-takut dan terlalu sekejap.
Ulang langkah berkali kali. 
 Kemudian tekap/kepit batu tungku panas itu di celah kangkang. Biar panas nya menyerap. 

Sebagai penutup acara bertungku, kalau bertungku sendiri ,sekadar nak hilangkan saki baki panas batu tungku bolehlah tungku bahagian seluruh kaki . Ambillah masa dalam setengah jam sekurang-kurangnya untuk bertungku.


2. BERBARUT


Selesai bertungku,jangan lupa sapukan bahagian perut dengan sesuatu yang panas atau ramuan khusus.
  Samada losyen panas, minyak gosok panas, atau ramuan khas untuk ubat barut yang juga boleh dibuat sendiri dengan menggunakan  garam kasar ,asam jawa,daun sirih . Nak maklumat lebih lengkap tentang  berbarut boleh baca artikel mingguan wanita di pautan ini ➡TEkNIK KURUS SELEPAS BERPANTANG - PUAN SITI AISHAH.
Oleh kerana kita kita bukan hadapi masalah bersalin, jadi puan-puan boleh je tukarkan barut kepada bengkung atau yang sewaktu dengannya. Cuma saya lebih suka barut kerana obses dengan kekemasan tali-talinya.



3. KEMUTAN

(Rajah di atas ialah atur langkah Senaman Kegel)

Satu perkara bila berlakunya masalah kencing yang tak boleh dikawal, puan-puan memang tidak boleh tinggal senaman kemut.  Senaman kemut tidaklah seperti gambarajah di atas, senaman kemut sangat mudah .

Cuma ia perlu dilakukan sentiasa ,di mana-mana sahaja selama 10 saat.
Tarik nafas, dan mengemut selama 10 saat, kemudian lepaskan.  Anda boleh lakukan berulangkali, di mana-mana sahaja.
Saya pernah mengalami masalah jangkitan pundi kencing selepas sahaja pembedahan 'c-section' semasa melahirkan anak sulung. Saya pakai lampin dewasa sepanjang masa. Sehinggalah seorang jururawat meminta saya melakukan senaman kemut berulang kali.

Selepas 24 jam melakukan senaman kemut berulangkali, masalah kencing tak terkawalpun reda dan saya tidak perlu lagi memakai lampin dewasa.
Yang penting, anda buat,jangan ambil ringan. senaman kemut mempunyai 'power' dalam menguatkan otot-otot rahim.
TAPI, kalau anda nak yang lebih 'advance'dalam menjaga kekemasan otot rahim, boleh tambah ilmu dengan membaca pautan di bawah tentang senaman Kegel
⬇⬇⬇
SENAMAN KEGEL DAN KESIHATAN OTOT RAHIM


4. JAGA PEMAKANAN


Sudah tentu pemakananlah aktiviti yang perlu kita kawal.  masalah kencing tak terkawal yang diperkatakan sekarang kesan dari masalah rahim yang lemah. 
Jadi ,elakkan makanan yang sejuk, berair,dan terlebih gula.
 Terutama ais batu.

Kalau puan-puan betul-betul nak sembuh, makanlah nasi dengan ulam ulaman yg bersifat panas atau herba terutamanya Pegaga , Pucuk Mengkudu,kunyit hidup,cekur,dan lain-lain.
Kalau tak ada yang lain, hanya ada pegaga sahajapun tak mengapa. Kerana pegaga bersifat panas dan memang mampu membantu pengecutan rahim.
Menyebut tentang pegaga dan mengkudu,ada sejarah tersendiri tentang dua ulam ni dalam sejarah hidup saya. Akan saya kongsikan kepada puan-puan dalam 'posting' lain.


Baiklah, cadangan saya, cuba anda amalkan 4 langkah di atas sewaktu anda diserang masalah kerap buang air kecil dan tidak boleh ditahan-tahan. sekurang-kurangnya 3 hari. Kadang- kadang, kesannya berhasil walaupun hanya selepas 24 jam.
InsyaaAllah menjadi. saya mencadangkan berdasar pengalaman saya sendiri.

SELAMAT MENCUBA!

p/s : sekiranya masalah anda masih terus berlaku tanpa sedikitpun perubahan, sila berjumpa pakar perubatan yang berkenaan. untuk mengetahui lebih lanjut masalah sebenar yang anda alami.

Comments

Popular posts from this blog

FARAJ TERASA PEDIH DAN MUDAH LUKA??

WOMEN DESIRE TRIPLE ADVANCE - krim kecantikan terbaik

Snow white- INSTANT LOSTION SUSU UNTA