RESPI MINUMAN MEMBANYAKKAN SUSU IBU DAN RESEPI MINUMAN MENCUCI DARAH NIFAS

Untuk lebih bajet dalam penyediaan minuman berpantang,anda boleh buat sendiri minuman yang boleh membanyakkan susu sekaligus minuman untuk mencuci darah nifas dan haid.

Hari ini Makcantek nak kongsi tiga resepi minuman yang boleh membanyakkan susu badan dan resepi mencuci darah nifas tanpa guna jamu atau akar kayu.
















1.RESEPI SUSU BADAM

bahan:
1 gelas susu segar
1 sudu teh serbk badam
1 sudu besar kismis kuning
7 biji kurma nabi tanpa biji.
1-2 sudu teh madu lebah asli atau madu arab
1 biji telur ayam kampung ( kuning saja)


KAEDAH MENYEDIAKAN:
bancuh bahan diatas sehingga sebati.
amalkan selama 2 minggu.
selepas 2 minggu tanpa kuning telur.






2. RESEPI AIR HALBA

Bahan:
1 sudu besar halba
1 sudu besar habbatus sauda/jintan hitam
3 helai daun pandan wangi

Bahan-bahan ini direbus dalam 1 liter air sehingga mendidih. Tapis dan minum sebagai air herba menggantikan minuman air kosong. Disyorkan minum suam.





3. RESEPI AIR PANDAN

Bahan:

3 helai daun pandan wangi
3 helai daun sireh melayu
1 sudu teh jintan hitam
1 sudu serai diketuk
gula batu atau gula kabung secukup rasa

Bahan-bahan ini direbus bersama 1 liter air sehingga mendidih.Tapis dan minum sebagai air herba menggantikan air minuman biasa. Disyorkan minum suam.



(sumber rujukan : Adab Dalam Pantang Bersalin, Ensiklopedia Perbidanan Melayu)









Comments

Popular posts from this blog

FARAJ TERASA PEDIH DAN MUDAH LUKA??

WOMEN DESIRE TRIPLE ADVANCE - krim kecantikan terbaik

Snow white- INSTANT LOSTION SUSU UNTA