Senarai Set keperluan berpantang selepas bersalin

 Hai ,
 Selamat menjalani ritual berpantang kepada ibu-ibu sekalian.

Di zaman moden ini, ada pelbagai pilihan untuk ibu-ibu memilih cara berpantang
 ( ada juga yang tidak lagi mengamalkan amalan berpantang ), memilih set bersalin yang pelbagai.
Tentu saja kita ingin mencari set berpantang terbaik. Set bersalin yang bagus harus menepati beberapa ciri-ciri mengikut keperluan ibu.
Ia tidak semestinya hanya dari satu jenama saja, kerana set berpantang bagi setiap jenama menyediakan kelainan 'item' masing-masing.


Bagi ibu-ibu yang memilih untuk berpantang dengan amalan tradisional sudah tentu mengetahui rahsia di sebalik setiap amalan selama seorang ibu itu berpantang.

TIPS MEMILIH SET BERSALIN ATAU SET BERPANTANG

1. pertama sekali ibu-ibu perlu memahami konsep perjalanan proses berpantang;

- perlu elakkan suhu sejuk dan elakkan pembekuan darah.
- perlu detoks tubuh badan dari angin ,darah kotor, dan sebagainya.
- Perlu rehat yang cukup dan kembalikan tenaga.
- perlu membanyakkan susu badan untuk  bayi.
- Perlu merawat urat saraf badan yang telah mengandung 9 bulan, dan bertarung nyawa melahirkan. Bersalin bukan sejenis penyakit batuk selsema yang tunggu pulih hanya dengan makan ubat.
- perlu merawat kembali tubuh badan terutama bahagian perut yang sudah membuncit mengandung bayi.
- perlu memberi rawatan khusus untuk kesihatan organ peranakan termasuk faraj/vagina.

P/s : proses detoksifikasi atau penyucian tubuh dari kekotoran perlu diutamakan terlebih dahulu sebelum proses merapi,merapat dan mengemaskan tubuh badan. ( proses pemulihan tenaga dijalankan seiring dengan proses detoks).

2. Memilih barang-barang dan ubat-ubatan untuk diamalkan sewaktu berpantang.
Bagi yang mempunyai peruntukan , boleh melanggani pusat-pusat penjagaan ibu berpantang ( confinement lady ) yang tumbuh bagai cendawan di bandar-bandar.

3. Bagi yang tidak berkemampuan melanggani pusat pejagaan ibu berpatang,  perancangan awal penjagaan berpantang amatlah penting;

- menempah bidan mengurut
- berbincang dengan pasangan bagi urusan rumahtangga sewaktu berpantang samada minta bantuan ahli keluarga atau mengupah orang/ pembantu sementara dengan bayaran yang berpatutan.
- antara urusan yang perlu dibincangkan ialah tugasan rumahtangga seperti mencuci baju ibu dan anak, membersih rumah pinggan mangkuk, menyediakan makanan berpantang.



(Contoh)

(Contoh)


(Barut herba sesuai untuk ibu bersalin czer)

3. SENARAI SET KEPERLUAN BERPANTANG SELEPAS BERSALIN:

  • Stokin,
  • Barut,
  • Ubat barut,
  • Losyen panas,
  • Herba detoks ( dlm bentuk kapsul, cecair atau majun),
  • Tungku,
  • Minyak sapu ( tak panas),
  • Pencuci wanita ( seeloknya yg tidak mengandungi bahan seperti sabun ),
  • Mandian herba daun,
  • Pes Tangas,
  • Air akar atau rebusan ubat Periuk,
  • Pilis ( sekarang sudah ada krim pilis),
  • Lulur badan,
  • Jamu perapat ( bagi yang memerlukan).
  • Baju dan kain batik semestinya satu keperluan.

P/s : tidak semua barang di atas adalah wajib tapi kebanyakannya adalah diperlukan.


4. Persediaan untuk bayi yang baru dilahirkan :

  • Lampin pakai buang,
  • Barut,
  • Kapas
  • Minyak telon /minyak berubat untuk bayi,
  • Tuam herba,
  • Mandian bayi ( jika diperlukan)
  • Krim untuk melecet ( tambahan)
  • Minyak urut bayi
  • Persalinan bayi seperti lampin ,selimut,sarung kaki tangan,pakaian sudah tentunya satu keperluan.

P/s : ubat pusat,sapuan luka dan supplement biasanya disediakan oleh hospital. Kalau nak beli 'supplement' luar sebagai tambahanpun tiada masalah.





5. RINGKASAN RUTIN DALAM BERPANTANG;

- dari awal pantang mandi dengan air panas ,mandian herba daun.
- Diurut tiga hari berturut-turut selepas tiga hari bersalin normal atau selepas 7 hari bersalin secara pembedahan. Urutan adalah untuk pulih tenaga dan merilekskan urat saraf. Dinasihatkan tidak melakukan urutan sengkak pada peringkat ini.

Urutan sengkak seeloknya dilakukan pada hari ke- 30 dan ke atas.
- awal-awal berpantang adalah penting mengambil herba makan bersifat detoks disamping 'supplement' untuk keperluan badan.

Elakkan mengambil jamu panas dan akar kayu pada awal berpantang.
 Ritual bertungku, berbarut,dan berstokin perlu diamalkan berterusan dari awal hingga akhir pantang.
- Bagi yang mengalami luka jahitan normal, boleh mengamalkan cucian vagina dengan menggunakan  herba rendaman faraj.
 Ada juga yang tidak mengamalkannya tetapi lebih suka bergantung kepada krim-krim cepat sembuh luka dan basuhan menggunakan pencuci vagina yang mengandungi herba.
- pada hari 30  dan ke atas , ibu-ibu sudah mula boleh mengamalkan ritual bertangas setiap hari. Ini sangat penting untuk merapikan faraj, mengelakkan kentut vagina, serta mengelakkan masalah mati putik.
Sewaktu ini juga urutan sengkak boleh dilakukan.
Ada juga yang melakukan urutan sengkak pada  waktu hari 'penutup pantang'  hari ke 44.


***

Coretan di atas adalah mengikut versi keperluan semasa dan  keperluan tradisional Blog www.makcantikdansihat.blogspot.com .

Ibu-ibu bolehlah menambah baik apa-apa yang tidak lengkap dengan keperluan semasa ibu-ibu selain apa yang dicadangkan di atas.

Semoga ibu-ibu dapat menjalani waktu berpantang yang menyihatkan.

SELAMAT BERPANTANG!






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

FARAJ TERASA PEDIH DAN MUDAH LUKA??

WOMEN DESIRE TRIPLE ADVANCE - krim kecantikan terbaik

Snow white- INSTANT LOSTION SUSU UNTA