TIPS MEMILIH BENGKUNG DAN BARUT UNTUK BERPANTANG

TIPS TAMBAHAN MEMILIH BARUT/BENGKUNG

mengikut pengalaman Mak, keperluan memilih bengkung dan barut yang sesuai adalah mengikut keadaan fizikal semasa ibu-ibu. Tambahan pula sekarang ini  jumlah ibu-ibu bersalin secara 'ceazarean' cukup ramai.

Pertama,

Untuk ibu-ibu yang bersalin secara czer, adalah lebih selesa diawal berpantang menggunakan bengkung jenis 'wrap' . Ini untuk mengelakkan rasa perut labuh yang melambung-lambung apabila bergerak. 
Dipakai dengan cara tidak terlalu longgar atau ketat. Ikut keselesaan ibu.




Kedua,

Barut yang sangat direkomen kepada ibu-ibu terutama yang bersalin secara 'czer' ialah barut herba.
Barut herba ini terlalu banyak kebaikannya untuk ibu bersalin terutama yang bersalin secara pembedahan. 

Contoh barut herba seperti rajah di bawah :


Pada barut herba ini terdapat jahitan yang diisi dengan kandungan pelbagai biji herba.
Ia menghasilkan haba/panas  yang melancarkan perjalanan darah.
Malah ia mampu membantu dalam proses memecah lemak pada bahagian perut ibu.

 Ibu-ibu boleh menghalakan bahagian yang mengandungi herba ini ke arah kawasan belakang badan yang dibius semasa pembedahan.  Ia akan bertindak seakan-akan tuam pada kawasan berkenaan.
Sewaktu awal berpantang, ibu yang menjalani pembedahan akan berasa sengal dibahagian yang dibius.

Adakala pinggang terasa sakit. Maka, bengkung herba ini sangatlah praktikal untuk digunakan waktu ini.

Penggunaan barut herba terbukti dapat mencegah ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan dari menghidapi sakit pinggang yang berlarutan.

Selain iti, barut yang mengandungi herba ini membantu dalam mempercepatkan proses mengempiskan perut yang gelebeh.

Sementara barut tradisional yang bertali boleh saja digunakan oleh ibu-ibu bersalin normal seperti biasa, dan ibu bersalin secara pembedahan apabila luka pembedahan sudah kering dan tidak sakit.

Ketiga,

Walaupun memiliki barut herba, ibu-ibu dinasihatkan memiliki satu lagi jenis bengkung/barut/korset untuk melentur bentuk tubuh sewaktu dalam pantang atau selepas tempoh berpantang.

Barut tradisional dan bertali tetap menjadi pilihan sesetengah ibu kerana keadaan penggunaanya yang terasa sangat kemas.

Ini kerana, selepas bersalin, tubuh adalah dalam keadaan mudah dilentur. Proses membentuk 'curve' pada tubuh menjadi lebih mudah dan cepat.
Barut tradisional


Selain itu, penggunaan bengkung/korsep pada  peringkat awal waktu berpantang atau selepas berpantang dapat menjaga tubuh ibu-ibu dari dipengaruhi angin penyakit.


***

Ya, diakui kebanyakan ibu moden tidak menyukai penggunaan barut/bengkung kerana terasa rimas untuk bergerak dan keadaan cuaca yang panas.

Nasihat saya,
 Ibu-ibu boleh saja 'on off' penggunaan bengkung/korset selepas tempoh berpantang sekiranya rimas,panas atau alergik asal saja tidak meninggalkan terus amalan ini kerana impaknya untuk tubuh badan ibu-ibu amatlah besar.

Pilihlah material kain yang bersesuaian.

Apabila kita mengutamakan keselesaan sahaja sepanjang masa dan mengenepikan terus disiplin penjagaan kesihatan,
 maka kita harus hadapi dan redhalah menerima masalah mendatang yang biasa menghinggapi wanita moden.

Bukan mudah untuk membaiki semula tubuh sekiranya berada di luar tempoh berpantang memandangkan banyak perkara dan tanggungjawab lain.
Jadi, ambillah peluang sewaktu tempoh berpantang untuk mengembalikan kecantikan dan kesegaran tubuh badan anda lebih baik daripada waktu anak dara.

SEMOGA BERMANFAAT!


Comments

Popular posts from this blog

FARAJ TERASA PEDIH DAN MUDAH LUKA??

WOMEN DESIRE TRIPLE ADVANCE - krim kecantikan terbaik

Snow white- INSTANT LOSTION SUSU UNTA