FUNGSI VITAMIN C SEHINGGA BANYAK DIKORMESIALKAN.BERAPA BANYAK YANG KITA PERLUKAN?

     


Ramai yang tahu bahawa vitamin C adalah sumber vitamin yang sangat penting untuk tubuh.

Sumber vitamin C yang terbaik ialah daripada buah buahan dan sayur-sayuran.
Manusia perlu mendapatkan vitamin C dari sumber luar, tidak seperti haiwan yang sesetengahnya boleh menghasilkan vitamin C sendiri.

Namun, tidak ramai yang ambil tahu apa fungsi-fungsi vitamin C dalam kehidupan, bagaimana ia berfungsi dan berapa banyak sebenarnya yang diperlukan tubuh badan.


 FUNGSI ASAS KEPERLUAN VITAMIN C 

1.  Salah satu  fungsi vitamin c yang diperlukan tubuh badan ialah untuk PEMBENTUKAN KOLAGEN SECARA SEMULAJADI.


2. Mengurangkan risiko mendapat kanser.


3. Merupakan antioksida semulajadi yang melindungi sel daripada kerosakan yang diakibatkan oleh radikal bebas. 


4. Mengurangkan  masalah selsema daripada melarat lebih teruk (menguatkan antibodi)


5. Membantu  meningkatkan penyerapan zat besi dalam tubuh badan.

6. Melambatkan masalah penglihatan yang biasa dihidapi orang tua ( bekerjasama bersama zat vitamin lain menjaga penglihatan mata)





DOS VITAMIN C YANG DIPERLUKAN


Merujuk kepada portal  Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan dos vitamin C rakyat Malaysia,

Jumlah maksimum yang boleh diambil oleh tubuh mengikut rakyat malaysia  dewasa ialah  2000mg ke bawah.

Pengambilan dos vitamin C harian yang melebihi 2000mg  akan mendatangkan kesan  kepada buah pinggang jika diamalkan jangka masa panjang.


APA TERJADI JIKA KURANG VITAMIN C?

Sekiranya tubuh manusia  kekurangan 10mg/sehari vitamin C dalam beberapa minggu, tubuh badan akan mengalami gejala kekurangan vitamin C .
Antaranya ialah penyakit Skurvi.

Bila kurang vitamin C, badan kita tidak mampu untuk menggantikan kolagen dalam tubuh . Kesannya pelbagai tisu dalam badan akan rosak. Malah terjadilah penyakit Skurvi ( gusi bengkak berdarah dan kemerahan,penyembuhan luka lambat ,serta ketiadaan gigi).

Ibu mengandung memerlukan sekurang-kurangnya 80mg vitamim C sehari.
Ibu menyusu memerlukan minimum 85mg vitamin C sehari.
Jumlah maksimum  yang boleh diterima ialah 2000mg sehari. 
Jika lebih dari jumlah ini, ia tidak berapa selamat untuk diamalkan dalam jangka masa yang panjang.

Dos 2000mg ke bawah adalah yang masih selamat setakat ini mengikut nasihat Kementerian kesihatan.
(http://www.myhealth.gov.my/kepentingan-dan-ketoksikan-vitamin-c/).

KEPERLUAN VITAMIN C DALAM RAWATAN TERTENTU

Secara ringkasnya vitamin C diperlukan kerana beberapa fungsi asasnya. Selain itu, ia digunakan khasnya untuk keperluan berikut :


    IBU MENGANDUNG
Ibu mengandung sangat memerlukan vitamin C bagi membantu penyerapan zat besi ke dalam tubuh  zat besi sangat diperlukan oleh ibu mengandung untuk membantu tumbesaran bayi.


LUKA ATAU CEDERA
Orang yang luka atau cedera memerlukan lebih vitamin C untuk membaiki tisu-tisu rosak dan digantikan dengan sel baru.  Itulah kepentingan sejenis protein yang dipanggil kolagen  dibentuk oleh vitamin C. Ini termasuk  ibu yang luka melahirkan .



KULIT BERMASALAH 
Seperti yang kita tahu sifat semulajadi vitamin C yang bertindak sebagai antioksida  melindungi sel daripada rosak  akibat radikal bebas. 
Kulit adalah antara organ yang terdedah pada radikal bebas.  Radikal bebas boleh mendatangkan pelbagai kerosakan  pada kulit contohnya kekusaman, jeragat,gelap, dan lain-lain. Tidak hairanlah mengapa vitamin C dijadikan salah satu produk kormersial dalam industri kecantikan. Dos yang digunakan juga adalah tinggi untuk tujuan ini. 


GOLONGAN YANG PERLU BERHATI-HATI DENGAN DOS PENGGUNAAN VITAMIN C

- Pesakit buah pinggang , terutama yang hemodialisis

- Pengidap G6PDH

- Pengidap  Hemochromotosis ( keadaan di mana badan menyimpan banyak zat besi)

- vitamin C boleh mengganggu keberkesanan 
Ubat untuk rawatan kanser, HIV/AIDS , dan ubat penurunan paras kolestrol.

Semoga maklumat ini sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada pembaca.



-Makcantek official-#SayaJualVitaminC1000mg


Comments

Popular posts from this blog

FARAJ TERASA PEDIH DAN MUDAH LUKA??

WOMEN DESIRE TRIPLE ADVANCE - krim kecantikan terbaik

Snow white- INSTANT LOSTION SUSU UNTA